Majlis Penyerahan Sistem Pemohonan Pembelian (ero) | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Majlis Penyerahan Sistem Pemohonan Pembelian (ero)

Majlis Penyerahan Sistem Pemohonan Pembelian (ero)

 

Majlis penyerahan Sistem Permohonan Pembelian (ero) telah diadakan pada 12 Oktober 2017 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Bursar, Bangunan Canselori Putra. Sistem ini dibangunkan bertujuan mengautomasikan proses pesanan belian (Requisition Order - RO) di UPM yang selama ini menggunakan kaedah manual. Dengan adanya sistem ini, proses dapat dilaksanakan secara atas talian.

Slaid berkaitan sistem ero telah dibentangkan oleh Pengurus Projek, Encik Rostam Abu Bakar yang juga merupakan Ketua Seksyen Data dan Implementasi Aplikasi, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC).

Sesi menandatangani penyerahan sistem telah diadakan di antara pemohon sistem, Puan Ana Azrin (Penolong Bendahari Kanan, Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan) dan Pengurus Projek, Encik Rostam Abu Bakar. Sesi tersebut telah disaksikan oleh Puan Hajah Faridah Abu Aman, Ketua Bahagian Pembangunan Aplikasi (Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi, iDEC) dan Puan Mastura Abdul Rahim, Ketua Bahagian Pengurusan Perolehan (Pejabat Bendahari).

Majlis diserikan dengan kehadiran pegawai Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) Puan Norazlin Yusof, Puan Maisirah Amran dan Puan Salwa Abd Sani serta turut hadir bersama pegawai dari Pejabat Bendahari UPM, Encik Yusri Hashim, Puan Nur Ezrin Abdol Rahim, Puan Azwani Abd Jalil, Puan Junaidah Md Isa, Puan Hasnah Adam, Puan Nurulhudah Hasan, Cik Saleha Adzman dan Puan Yusnawati Mohd Isa.

Tarikh Input: 01/11/2017 | Kemaskini: 02/11/2017 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEYOA5~

Hello!