Majlis Gemilang Putra Dan Sambutan Hari Pekerja 2019 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Majlis Gemilang Putra dan Sambutan Hari Pekerja 2019

Majlis Gemilang Putra dan Sambutan Hari Pekerja 2019

Majlis Gemilang Putra dan Sambutan Hari Pekerja 2019 telah diadakan pada 3 Mei 2019 dengan meriahnya di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM.  Naib Canselor UPM,  Profesor Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan  kepada jawatankuasa terlibat di atas inisiatif penganjuran majlis yang amat bermakna buat warga UPM.  Beliau percaya majlis ini memberi erti yang mendalam kepada Universiti dan warganya, di mana komitmen serta pencapaian cemerlang warga universiti dirai dengan pengiktirafan dan penghargaan. 

Sambutan Hari Pekerja 2019 UPM diraikan dengan tema “Pekerja Amanah Aspirasi  Negara”.  Ini adalah tema Hari Pekerja pada tahun ini peringkat negara. YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad berucap ketika hadir di Sambutan Hari Pekerja 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya . Tema ini menekankan bagaimana kita rakyat Malaysia khususnya warga pekerja perlu melaksanakan kerja dan tanggungjawab dengan prinsip amanah dan integriti bagi memacu kemakmuran Negara dengan kepelbagaian budaya, bangsa dan agama.

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) berbangga dengan pencapaian cemerlang empat belas (14) staf. Mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam tugasan dan aktiviti lain. Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018!

 

Tarikh Input: 16/05/2019 | Kemaskini: 16/05/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEUQAO~

Hello!