Majlis Bersama Pengarah IDEC 2023 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Majlis Bersama Pengarah iDEC 2023

Majlis Bersama Pengarah iDEC 2023

Tajuk : Perhimpunan Warga iDEC & Anugerah Golden Keyboard iDEC 2023

   

 

Serdang, 21 Mac 2023 : Kejayaan sesebuah organisasi terletak kepada keutuhan kepimpinan serta kekuatan semangat, sokongan yang padu dan kerjasama setiap ahlinya. Tanpa penglibatan dan sumbangan daripada setiap ahli, organisasi tidak akan dapat bertahan untuk merealisasikan dan menjayakan setiap pelan tindakan dan sasarannya.

Ayuh semua, membingkas “Memperhebat Pendigitalan Kampus Pintar” merupakan intipati amanat tahun baharu 2023 yang disampaikan oleh Pengarah iDEC, Ts. Mohd. Faizal Daud sempena Majlis Bersama Pengarah iDEC 2023. Setiap individu perlu memberikan komitmen sepenuhnya untuk merealisasikan Ikhtiar ke-5 Naib Canselor UPM 2023 dan seterusnya menjayakan Pelan Strategik UPM 2021-2025.

Program yang telah diadakan di Dewan Kolej Pendeta Za’ba ini turut menjemput Pegawai Psikologi dan Perunding Imej, Puan Syarifah Syeril Azlin yang berkongsi tips dan ilmu berkaitan imej dalam slot bicara bertajuk “Dress for Success”.

Pihak Pengurusan Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) berbesar hati memberikan pengiktirafan kepada pekerja iDEC yang cemerlang melalui Anugerah Golden Keyboard iDEC 2023. Seramai 37 penerima anugerah telah diraikan yang masing-masingnya menerima sijil serta plaque sebagai penghargaan jasa dan sumbangan dalam perkhidmatan.

Semoga dengan adanya pengiktirafan ini akan dapat meningkatkan penglibatan, motivasi, dan pengalaman pekerja secara keseluruhan.

 

Disediakan oleh:

Ts. Nor Azlina Zainal Abidin

Tarikh Input: 06/04/2023 | Kemaskini: 06/04/2023 | zalaz

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcPAe~

Hello!