Lenovo Technology Update Bersama UPM | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Lenovo Technology Update bersama UPM

Lenovo Technology Update bersama UPM

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), 31 Oktober 2019 - Lenovo Malaysia telah hadir ke iDEC UPM bagi perkongsian "technology update" bersama staf iDEC UPM. Sesi ini bermula pada jam 10.00pagi dan telah dipengerusikan oleh Ketua Bahagian, Haji Mohd. Zul Mohd. Yusof. Aktiviti telah dimulakan dengan pengenalan oleh Pengarah Akaun Lenovo, Puan Zahira Amer Hamzah dan pembentangan produk dan teknologi telah disampaikan oleh Steven Cheng, Customer Solution Architect.

Terdapat beberapa produk yang boleh diperolehi dengan harga yang berpatutan dan mampu milik serta mempunyai ciri dan teknologi terkini. Sinonim dengan penggunaan perkataan "Think" pada jenamanya, Lenovo telah memperkenalkan beberapa produl terkini yang sangat menarik. Terkini, desktop "Nano" dengan saiz yang sangat comel boleh dimiliki di mana boleh digunakan untuk tujuan paparan digital yang boleh disambungkan dengan televisyen atau monitor khas.

Hasil daripada perkongsian ini, iDEC UPM dapat mengetahui perkembangan terkini Lenovo dari segi produk kepada pengguna iaitu Desktop dan kemudahan konferens.

Tarikh Input: 31/10/2019 | Kemaskini: 05/11/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDdWAo~

Hello!