Lawatan Penanda Aras Ke Universiti Awam Zon Timur | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Lawatan Penanda Aras ke Universiti Awam Zon Timur

Lawatan Penanda Aras ke Universiti Awam Zon Timur

September 2023: Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (IDEC) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ICT ke Universiti Awam Zon Timur (UMPSA, UMT, UNISZA dan UMK) pada 4-6 September 2023. Lawatan ini diketuai oleh Encik Mohd Zul Mohd Yusoff dan disertai seramai 22 orang staf dari Bahagian Sokongan Pengguna, Bahagian Operasi Aplikasi dan Bahagian Komunikasi Multimedia. 

Lawatan ini bertujuan untuk menimba ilmu dan pengalaman berkaitan pengurusan ICT di IPTA yang dilawati. Sesi perbincangan yang diadakan memberi tumpuan kepada pengurusan pembangunan aplikasi, pengurusan pelanggan, pengurusan operasi ICT dan perlaksanaan kampus pintar. 

Secara keseluruhannya aktiviti lawatan ini telah berjaya mencapai objektif dalam memberi pendedahan kepada staf iDEC berkenaan pelaksanaan ICT di universiti lain dan seterusnya diharap dapat meningkatkan usaha dalam memberi perkhidmatan ICT terbaik kepada warga UPM pada masa akan datang. 

 

Disediakan oleh:

Mohd Zul bin Mohd Yusoff
Pengurus Progam Lawatan iDEC ke UA Zon Timur 2023

 

LAWATAN KE UMPSA

 

LAWATAN KE UMT

 

LAWATAN KE UNISZA

 

LAWATAN KE UMK

 

Tarikh Input: 30/09/2023 | Kemaskini: 13/12/2023 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcHAW~

Hello!