Lawatan Penanda Aras Ke Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT), USM | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Lawatan Penanda Aras ke Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT), USM

Lawatan Penanda Aras ke Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT), USM

 

1 Julai 2022, Pulau Pinang : Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) merupakan entiti yang menguruskan perkhidmatan berkaitan ICT di Universiti Sains Malaysia (USM). Diterajui oleh Encik Ahmad Fadhlul Irham Bin Yusoff selaku Pengarah PPKT, beliau telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan perkhidmatan ICT dilaksanakan dengan baik dan terus cemerlang dengan dibantu oleh Timbalan Pengarah, Ketua-ketua bahagian serta semua staf ICT. Kami amat berterima kasih di atas kesudian PPKT menerima kunjungan 12 pegawai iDEC UPM yang terdiri daripada Bahagian Infrastruktur Rangkaian, Bahagian Pentadbiran, Bahagian Perancangan dan Governan ICT serta Bahagian Kampus Pintar dan Pendigitalan.

Sesi perkongsian dimulakan dengan pengenalan PPKT serta fungsi setiap bahagian. Maklumat berkaitan sistem rangkaian, pusat data serta kemudahan yang digunakan turut dikongsi bersama dan saling bertukar pandangan dan pendapat. Maklumat berkaitan urus tadbir ICT serta aplikasi yang terdapat di USM juga dikongsikan bersama dan terdapat sedikit persamaan. Pengarah PPKT telah berkongsi pengalaman mengenai kaedah penilaian risiko serta permasalahan yang berlaku melibatkan perolehan sistem dan cara untuk mengatasinya.

iDEC UPM amat berbesar hati dengan sesi perkongsian maklumat yang dapat dijadikan panduan dan rujukan serta semoga jalinan persahabatan dapat dikekalkan selamanya.

Tarikh Input: 02/07/2022 | Kemaskini: 02/07/2022 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcCAJ~

Hello!