Lawatan Penanda Aras Ke Pusat Pembangunan Dan Pengurusan Digital, UniMAP | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Lawatan Penanda Aras ke Pusat Pembangunan dan Pengurusan Digital, UniMAP

Lawatan Penanda Aras ke Pusat Pembangunan dan Pengurusan Digital, UniMAP

 

30 Julai 2022, Perlis : Kunjungan kami ke Universiti Malaysia Perlis disambut baik oleh Encik Nasrudin Abd. Shukor, Pengarah Pusat Pembangunan dan Pengurusan Digital. Seramai 12 pegawai UPM yang terdiri daripada Bahagian Infrastruktur Rangkaian, Bahagian Pentadbiran, Bahagian Perancangan dan Governan ICT serta Bahagian Kampus Pintar dan Pendigitalan telah menyertai sesi lawatan penanda aras ini.

Bangunan yang serba indah dan dilengkapi dengan kemudahan ICT yang dikenali sebagai Pusat Pembangunan dan Pengurusan Digital telah memberikan motivasi dan semangat kepada kami. Sesi perkongsian mengenai tadbir urus ICT serta pusat data dan kemudahan rangkaian di UniMAP telah disampaikan oleh Pengarah dan Ketua Bahagian. Saranan utama yang telah dimaklumkan adalah menggalakkan semua pegawai ICT dilengkapi dengan sijil profesional dalam bidang masing-masing selain mempunyai pengiktirafan sebagai Teknologis Profesional daripada MBOT (Ts.). Dengan adanya sijil profesional ini akan memberikan keyakinan dan mengiktiraf pegawai di kalangan gred F.

Semoga dengan lawatan ini akan dapat memberikan impak kepada iDEC untuk terus memperjuangkan supaya dapat memantapkan lagi kualiti perkhidmatan ICT di Universiti Putra Malaysia.

Tarikh Input: 30/06/2022 | Kemaskini: 05/07/2022 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcVA0~

Hello!