Lawatan Penanda Aras IDEC UPM Ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Lawatan Penanda Aras iDEC UPM ke Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Lawatan Penanda Aras iDEC UPM ke Universiti Teknologi Mara (UiTM)

 

Shah Alam, 13 Jun 2023 : Seramai 14 orang staf dari Bahagian Pembangunan Aplikasi (BPA) yang diketuai oleh Ts. Azizi Sabron telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor.  Lawatan ini secara khususnya adalah bagi meninjau pelaksanaan penjadualan kursus secara automatik dan pengurusan sistem maklumat pelajar yang digunapakai di UiTM. Ilmu yang telah dikongsikan ini sangat berharga dan dijangka dapat membantu pasukan SMP4.0 melancarkan lagi proses pembangunan Sistem Maklumat Pelajar yang sedang rancak berjalan.  Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Dr. Sharifah binti Aliman, Ketua Pengurusan Akademik UITM di Bilik Sidang, Aras 3, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin. 

 

Disediakan oleh: Ts. Juraidah Mohd. Amin

Tarikh Input: 22/06/2023 | Kemaskini: 22/06/2023 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEdCAB~

Hello!