Lawatan Penanda Aras EKSA Daripada Pusat Jaminan Kualiti UPM | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Lawatan Penanda Aras EKSA daripada Pusat Jaminan Kualiti UPM

Lawatan Penanda Aras EKSA daripada Pusat Jaminan Kualiti UPM

 

14 Mei 2025, Serdang: Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi telah menerima lawatan penanda aras EKSA daripada Pusat Jaminan Kualiti UPM.

Seramai tujuh orang delegasi daripada Pusat Jaminan Kualiti telah hadir dalam sesi lawatan tersebut. Sesi taklimat berkenaan pelaksanaan EKSA di iDEC telah disampaikan oleh Puan Azhana Abdullah selaku Penyelaras EKSA iDEC dan diteruskan dengan sedikit perkongsian pelaksanaan EKSA di Pusat Jaminan Kualiti. Seterusnya delegasi dibawa melawat ke persekitaran iDEC di InfoPort untuk menyaksikan pelbagai aktiviti EKSA di Zon EKSA Alpha, Gamma dan Sigma.

Secara keseluruhannya aktiviti lawatan ini telah membuka ruang perkongsian ilmu dan percambahan idea dalam melaksanakan EKSA di PTJ masing-masing.

Tarikh Input: 27/05/2025 | Kemaskini: 27/05/2025 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
X, (03:11:52am-03:16:52am, 24 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]