
7 Jun 2024, Serdang: Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi telah menerima lawatan penanda aras EKSA daripada Pusat Antarabangsa (I-PUTRA) UPM.
Delegasi I-PUTRA terdiri daripada 20 orang Ahli Jawatankuasa EKSA I-PUTRA ini dimulakan dengan sesi taklimat berkenaan pelaksanaan EKSA di iDEC dan perkongsian pelaksanaan EKSA di I-PUTRA. Seterusnya delegasi dibawa melawat ke persekitaran iDEC di InfoPort untuk menyaksikan pelbagai aktiviti EKSA di Zon EKSA Alpha dan Gamma.
Secara keseluruhannya aktiviti lawatan ini telah berjaya mencapai objektif dalam memberi pendedahan kepada Jawatankuasa EKSA I-PUTRA tentang pelaksanaan EKSA di iDEC.
Tarikh Input: 30/06/2024 | Kemaskini: 05/09/2024 | zuraya

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan