Lawatan Penanda Aras EKSA Daripada Perpustakaan Dan SGS | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Lawatan Penanda Aras EKSA daripada Perpustakaan dan SGS

Lawatan Penanda Aras EKSA daripada Perpustakaan dan SGS

12 September 2025, Serdang: Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi telah menerima lawatan penanda aras EKSA daripada Perpustakaan dan Sekolah Pengajian Siswazah.

Kumpulan pertama terdiri daripada 15 orang delegasi daripada Perpustakaan dan kumpulan kedua terdiri darpada 12 orang delegasi daripada Sekolah Pengajian Siswazah. Sesi taklimat berkenaan pelaksanaan EKSA di iDEC telah disampaikan oleh Puan Azhana Abdullah selaku Penyelaras EKSA iDEC dan diteruskan dengan sesi perkongsian pelaksanaan EKSA. Seterusnya delegasi dibawa melawat ke persekitaran iDEC di InfoPort untuk menyaksikan pelbagai aktiviti EKSA di Zon EKSA Alpha, Gamma dan Sigma.

Secara keseluruhannya aktiviti lawatan ini telah membuka ruang perkongsian ilmu dan percambahan idea dalam melaksanakan EKSA di PTJ masing-masing.

Tarikh Input: 22/09/2025 | Kemaskini: 22/09/2025 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
X, (03:42:16am-03:47:16am, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]