LAWATAN PENANDA ARAS EKSA BHEP KE IDEC | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » LAWATAN PENANDA ARAS EKSA BHEP KE iDEC

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA BHEP KE iDEC

 

19 Januari 2024, Serdang: Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi telah menerima lawatan penanda aras EKSA daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM. 

Delegasi BHEP terdiri daripada 13 orang Ahli Jawatankuasa EKSA BHEP ini diketuai oleh Puan Noraihan Noordin, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar.  Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat berkenaan pelaksanaan EKSA di iDEC dan perkongsian pelaksanaan EKSA di BHEP. Seterusnya delegasi dibawa melawat ke persekitaran iDEC di InfoPort untuk menyaksikan pelbagai aktiviti EKSA di Zon EKSA Alpha, Gamma dan Sigma. 

Antara lain tujuan lawatan BHEP adalah untuk melihat bagaimana elemen keseragaman dilaksanakan di setiap bangunan iDEC memandangkan BHEP turut mempunyai beberapa lokasi penempatan staf di UPM.

Secara keseluruhannya aktiviti lawatan ini telah berjaya mencapai objektif dalam memberi pendedahan kepada Jawatankuasa EKSA BHEP tentang pelaksanaan EKSA di iDEC.

Tarikh Input: 31/01/2024 | Kemaskini: 31/01/2024 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcAA3~

Hello!