Lawatan Penanda Aras Berkenaan Kad Pintar Pelajar Oleh Universti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Lawatan Penanda Aras Berkenaan Kad Pintar Pelajar Oleh Universti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Lawatan Penanda Aras Berkenaan Kad Pintar Pelajar Oleh Universti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

 

22 Mac 2024, Serdang: Bahagian Pengurusan Akademik dan Kemasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan Pembangunan dan penggunaan sistem kad pintar Putra@VID di UPM.

Lawatan ini telah dihadiri oleh seramai tujuh orang wakil dari Bahagian Pengurusan Akademik dan Kemasukan UIAM di ketuai oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Akademik dan Kemasukan serta Pegawai Teknologi Maklumat UIAM.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam mengenai pembangunan sistem kad pintar Putra@VID yang digunakan di UPM oleh Pelajar dan Staf UPM. Putra@VID merupakan pengenalan diri secara maya pelajar/staf di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi menggantikan kad matrik pelajar/kad staf (kad fizikal) sedia ada. Ianya mengandungi maklumat pelajar/staf seperti Nama, No. Matrik Pelajar/No. Staf serta QR Code. 

 

Disediakan oleh:

Mohd Radzi Mahidin
Ketua Bahagian Pentadbiran, iDEC

Tarikh Input: 29/03/2024 | Kemaskini: 09/04/2024 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEbNAk~

Hello!