Lawatan EKSA Ke MPSJ | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Lawatan EKSA ke MPSJ

Lawatan EKSA ke MPSJ

20 September 2023, Serdang : Jawatankuasa EKSA iDEC telah mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sebagai salah satu aktiviti EKSA untuk tahun 2023. Lawatan ini telah disertai oleh seramai 13 orang Ahli Jawatankuasa EKSA iDEC.

Delegasi daripada iDEC telah dibawa melawat ke persekitaran bangunan MPSJ merangkumi kaunter pelanggan, bilik khidmat pelanggan, bilik kawalan, ruang pejabat dan kawasan aktiviti hijau. Banyak idea menarik dapat dilihat sepanjang kami dibawa melawat ke setiap lokasi tersebut. Selain berpeluang menyaksikan aktiviti mingguan di MPSJ yang melibatkan seluruh staf sebagai inisiatif dalam mengukuhkan hubungan di kalangan staf MPSJ, sesi perkongsian ilmu berkaitan EKSA juga telah diadakan sebagai memenuhi tujuan utama lawatan tersebut diadakan.

Secara keseluruhannya aktiviti lawatan ini telah berjaya mencapai objektif dalam memberi pendedahan kepada Jawatankuasa EKSA iDEC tentang pelaksanaan EKSA di agensi kerajaan lain.

 

Disediakan oleh:

Zurayawati Sulaiman
Jawatankuasa EKSA iDEC

Tarikh Input: 30/09/2023 | Kemaskini: 05/10/2023 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcFAb~

Hello!