Lawatan Delegasi UTHM | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Lawatan Delegasi UTHM

Lawatan Delegasi UTHM

Serdang, 26 Julai 2022 : Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) berbesar hati menerima kunjungan daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sempena Lawatan Kerja Penanda Aras ke Universiti Putra Malaysia. Seramai 14 pegawai UTHM dengan diketuai oleh Pengarah Pusat ICT iaitu Prof. Dr. Hj. Nazri bin Mohd Nawi, telah hadir ke iDEC. Sesi perkongsian maklumat berkaitan ICT agensi masing-masing telah diadakan di permulaan pertemuan.

Maklumat berkaitan komersialisasi telah dikongsikan bersama sebagai panduan pihak UTHM. Sesungguhnya, cabaran dan dugaan berkaitan ICT pasti dihadapi oleh semua agensi dan perkongsian kaedah penyelesaian adalah perlu sebagai rujukan bersama.

Diharapkan dengan adanya sesi lawatan ini, pihak UTHM mendapat perkongsian maklumat yang boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk masa akan datang bagi menjayakan komersialisasi di peringkat UTHM sendiri.

 

Disediakan oleh : Ts. Nor Azlina Zainal Abidin

Tarikh Input: 31/07/2022 | Kemaskini: 23/08/2022 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcPAn~

Hello!