Lawatan Delegasi UiTM | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Lawatan Delegasi UiTM

Lawatan Delegasi UiTM

Tajuk : Perkongsian Ilmu Pembangunan & Pengoperasian Aplikasi Sempena Lawatan Delegasi PPII UiTM

     

 

Serdang, 20 Mac 2023 : Menghasilkan sistem aplikasi mengikut tempoh masa yang ditetapkan dengan sumber tenaga yang sedia ada dan tidak mencukupi adalah sesuatu yang mencabar. Begitu juga dengan proses dan operasi setelah sistem mula digunakan.

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) berbesar hati menerima pelawat daripada Jabatan Infostruktur, Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur (PPII), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam seramai 31 orang.

Sesi perkongsian telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dan telah membincangkan berkaitan pembangunan, penyelenggaraan dan pengoperasian sistem aplikasi di Universiti Putra Malaysia.

Delegasi telah dibawa ke bangunan iDEC Gamma untuk sesi lawatan ke Bahagian Pembangunan Aplikasi dan sesi penutupan program diadakan di iDEC Alpha. Semoga ilmu dan maklumat yang dikongsikan dapat dimanfaatkan.

 

Disediakan oleh:

Ts. Nor Azlina Zainal Abidin

 

Tarikh Input: 06/04/2023 | Kemaskini: 06/04/2023 | zalaz

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcAAi~

Hello!