Latihan Asas Pengetahuan Blockchain Dan Teknologi Kampus Pintar | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Latihan asas pengetahuan Blockchain dan teknologi Kampus Pintar

Latihan asas pengetahuan Blockchain dan teknologi Kampus Pintar

SERDANG, 28 November 2019 : Pusat Pembangunan Maklumat Dan Komunikasi (iDEC) telah mengadakan latihan berkaitan BLOCKCHAIN AND SMART CONTRACT TECHNOLGY selama 5 hari bermula pada 28 November 2019 dan berakhir pada 4 Disember 2019. Latihan ini diadakan bagi tujuan memberi pendedahan dan pengetahuan asas kepada staf iDEC berkaitan Blockchain dan Smart Contract Technolgy.

Seramai 38 orang staf iDEC dari pelbagai seksyen telah dijemput untuk menyertai latihan ini. Pengarah Pusat Pembangunan Maklumat Dan Komunikasi (iDEC), Prof. Madya Dr. Fatimah Sidi dan Timbalan Pengarah  (Pengurusan Strategik & Sokongan Pengguna, iDEC) Encik Rosmi Othman turut menghadiri latihan ini.

Diantara silibus yang telah disediakan ialah :-

  • Module 1: Introduction to Blockchain Technology (1 day)
  • Module 2: Setup & Deploy Blockchain Master Nodes (2 days)
  • Module 3: Smart Contract Programming Using Solidity (2 days)
  • Professional Certification: Certified Ethereum And Solidity Practitioner (ETH1O2 / SOL 1O1).


Latihan ini telah dikendalikan oleh Dr. Mohd Anuar Mat Isa, Chief Technology Officer (CTO) and Training Instructor, dari syarikat iExplo Tech bersama mantan pensyarah di Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Prof. Dr. Ramlan Bin Mahmod.

Tarikh Input: 16/12/2019 | Kemaskini: 16/12/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
CULcPAQ:15:47