Lanskap Digital UPM 2026-2030: Koheren Digital Dalam Menangani Conundrum Transformasi AI | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Lanskap digital UPM 2026-2030: Koheren Digital dalam Menangani Conundrum Transformasi AI

Lanskap digital UPM 2026-2030: Koheren Digital dalam Menangani Conundrum Transformasi AI

Serdang, 10 Disember - Sambutan Bulan Digital UPM 2025 telah tamat dengan kejayaan yang mengukuhkan usaha universiti mempercepat transformasi digital. Program ini menyokong hala tuju UPM ke arah ekosistem AI-ready melalui penyelarasan dasar, data dan teknologi secara lebih koheren.

Penganjuran Bulan Digital UPM 2025 menggariskan komitmen universiti untuk memperkukuh ekosistem digital yang bersepadu dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi negara menuju Malaysia berteraskan AI menjelang 2030. Transformasi ini menuntut universiti bergerak melangkaui pelaksanaan sistem, kepada pembentukan model operasi yang lebih strategik, berasaskan data dan berorientasikan impak.

Naib Canselor telah menegaskan bahawa universiti kini berdepan conundrum baharu, iaitu keperluan untuk memajukan penggunaan teknologi dan AI pada skala besar, tetapi dalam masa yang sama memastikan setiap inovasi benar-benar menyelesaikan masalah sebenar warga, tidak mencipta beban baharu, dan tidak menjejaskan nilai, etika serta kedaulatan data. Realiti ini memerlukan universiti menstruktur semula cara kerja, menilai semula proses, dan mewujudkan tadbir urus digital yang lebih matang.

Seiring itu, Ketua Pegawai Digital (CDO) telah menekankan kepentingan koheren digital sebagai asas transformasi UPM. Koheren ini merentas lima dimensi, dasar, warga, teknologi, keselamatan siber dan kedaulatan data yang mesti bergerak selari bagi mengelakkan percanggahan dasar, ketakselarasan sistem dan ketidakkonsistenan pengalaman pengguna. Pendekatan koheren ini menjadi teras kepada penyelarasan rangka kerja, keutamaan dan pelaksanaan seluruh Pusat TanggungJawab (PTJ) agar setiap inisiatif membawa nilai kolektif kepada universiti.

UPM telah memperkukuh asas transformasinya melalui pembangunan PUTRA®VID, peluasan rangkaian kampus melalui Fiber To The Room (FTTR) juga dikenali sebagai Putra Fiber, kerjasama 5G & AI dengan Digital Nasional Berhad, dan pelaksanaan Playbook GenAI dalam pengajaran. Kemajuan ini disokong oleh kerangka pemboleh daya AI UPM (S.K.U.A.D) dan platform Putra®Insights yang memacu pembuatan keputusan berasaskan data masa nyata.

Dengan landasan yang semakin kukuh, universiti kini berada pada kedudukan strategik untuk meningkatkan kecekapan operasi, memacu penyelidikan berimpak, menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih adaptif, dan memper- teguh keselamatan siber serta kedaulatan data.

Pencapaian Bulan Digital UPM 2025 telah menegaskan hala tuju universiti membina ekosistem AI-ready yang koheren, selamat dan mampan, serta memperkukuh peranan UPM sebagai peneraju transformasi digital pendidikan tinggi dan rakan strategik utama dalam agenda digital negara.

Maklumat lanjut: Laman Web Rasmi BD2025

 

Tarikh Input: 13/12/2025 | Kemaskini: 13/12/2025 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
W, (07:39:11pm-07:44:11pm, 19 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]