![]() |
![]() |
![]() |
10 Julai 2024, Serdang: Bahagian Pembangunan Aplikasi (BPA) telah menganjurkan Kursus SQL Stored Procedure for PostgreSQL bertempat di Bilik Latihan Exa, IDEC PutraInfoport. Kursus ini dikendalikan oleh Norhezrulsham Bin Muhamad Nodin dan Nurulizwan Bin Mohamad. Seramai 24 orang staf Bahagian Pembangunan Aplikasi (BPA) dan Bahagian Operasi Aplikasi (BOA) menghadiri latihan ini. Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran staf yang terlibat dengan pembangunan dan operasi aplikasi khususnya dalam melancarkan transaksi diperingkat pangkalan data. Dalam kursus ini peserta didedahkan dengan beberapa kaedah manipulasi data menggunakan PL/pgSQL seperti penggunaan function, kawalan bersyarat if else, gelung berulang (loop) dan penggunaan hasil query.
Semua peserta diharapkan untuk mengadaptasikan kaedah ini dalam Pembangunan sistem aplikasi bagi meringkaskan pengaturcaraan dan melancarkan transaksi data di peringkat pangkalan data.
Disediakan oleh:
Ts. Juraidah Mohamad Amin
Ketua Bahagian Pembangunan Aplikasi iDEC
Tarikh Input: 01/08/2024 | Kemaskini: 04/09/2024 | zuraya

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan