Kunjungan Hormat, Pengarah Pusat ICT UMT | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Kunjungan hormat, Pengarah Pusat ICT UMT

Kunjungan hormat, Pengarah Pusat ICT UMT

 

 

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), 1 November 2019 : iDEC UPM telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah, Pusat Pengurusan Pengetahuan dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Professor Ts. Dr. Muhammad Suzuri bin Hitam. Objektif lawatan adalah membincangkan berkaitan pengurusan projek pembangunan dan rangkaian.

Pusat Pengurusan Pengetahuan dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berhadapan dengan situasi permohonan sistem oleh pengguna yang semakin meningkat. Ini tidak dapat lagi ditanggung atas sebab kekurangan sumber tenaga kerja. UMT tertarik dengan penyusunan struktur dan peranan yang dilaksanakan iDEC UPM bagi skop yang melibatkan pembangunan sistem. iDEC mempunyai dua (2) bahagian yang terlibat dalam sistem iaitu Bahagian Pembangunan Aplikasi (BPA) dan Bahagian Pengoperasian Aplikasi (BOA).

iDEC juga dilengkapi dengan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Aplikasi (JKPA) yang berperanan bagi menilai keperluan sistem daripada pengguna. Semua permohonan berkaitan sistem perlu mematuhi prosedur yang telah disediakan yang terdapat dalam Sistem Pengurusan Kualiti UPM. Setiap pengguna perlu menyediakan dokumen pra keperluan dan pendekatan ini telah menarik minat pihak UMT dan akan cuba mengimplementasikan di UMT.

Keterujaan pihak UMT dengan kemudahan serta perkhidmatan ICT di UPM seperti Sistem Perkhidmatan ICT (SPICT), Sidang Video, PutraCOMM dan lain-lain, telah melahirkan hasrat UMT untuk menjemput iDEC UPM bagi sesi perkongsian maklumat dan pengalaman bersama mereka.

Tarikh Input: 05/11/2019 | Kemaskini: 06/11/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
CVMGDxu:03:49