KUKURO Let's Talk - Universiti Malaysia Sabah | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » KUKURO Let's Talk - Universiti Malaysia Sabah

KUKURO Let's Talk - Universiti Malaysia Sabah

 

Serdang, 13 April 2021 : Teknologi ICT yang semakin berkembang pesat, memerlukan perkhidmatan pembantu secara virtual yang dikenali sebagai chatbot. Perkhidmatan ini akan dapat membantu mengurangkan beban petugas meja bantuan berkaitan pelanggan. Teknolgi chatbot digunakan tanpa had masa dan dapat mengurangkan kesilapan komunikasi di antara manusia.

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) amat berbesar hati dengan kesudian Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Universiti Malaysia Sabah yang sudi berkongsi teknologi chatbot yang dikenai sebagai KUKURO pada 13 April 2021 secara dalam talian. Dinamakan sebagai KUKURO, dalam bahasa Dusun bermaksud pertanyaan, ia telah dibangunkan oleh dua orang pengaturcara dalam tempoh masa enam bulan sehingga satu tahun. Bermula dengan penggunaan di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), ia telah diperluaskan kepada entiti lain dengan diuruskan oleh operator entiti masing-masing.

Pembangunan KUKURO adalah hasil daripada integrasi tiga tools iaitu Dialogflow, Botman dan Laravel. Semua soalan dan jawapan yang kerap ditanya oleh pelanggan dapat dimuatkan dalam sistem ini dan membantu mendapatkan jawapan dengan lebih pantas. Laporan berkaitan boleh dicapai melalui sistem ini kerana semua maklumat pertanyaan pelanggan disimpan dalam pangkalan data MySql.

 

 

Tarikh Input: 13/04/2021 | Kemaskini: 13/04/2021 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDTOAG~

Hello!