KPT, MYREN Ke DRC UPM | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » KPT, MYREN ke DRC UPM

KPT, MYREN ke DRC UPM

Serdang, 19 Jun 2020: Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) UPM telah menerima kunjungan delegasi daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Malaysian Research & Education Network (MYREN). Objektif lawatan adalah untuk melihat sendiri kemudahan dan ketersediaan Pusat Pemulihan Bencana atau dikenali sebagai Disaster Recovery Centre (DRC) UPM.

Lawatan yang diketuai oleh Puan Fadzilah Ahmad (KPT) beserta Fahwani Hj. Mohd. Ali, Fadzilah Ahmad yang merupakan pegawai KPT serta pegawai daripada MYREN NOC iaitu Mohd. Noh Jasmani, Abd. Hamid Ariffin dan Muhamad Hafizi Jalil. Kunjungan disambut oleh Mohd. Faizal Daud, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan ICT) iDEC, Tuan Haji Mohamad Farid Harun, Ketua Seksyen Pusat Data serta staf Seksyen Pusat Data, iDEC.

Encik Mohd Faizal Daud telah berkongsi latar belakang penubuhan Disaster Recovery Centre (DRC) UPM dan penempatan Server MYREN di bawah KPT serta penerangan ringkas berkenaan server yang ditempatkan mengikut kluster. Delegasi ini juga telah dibawa melawat ke Pusat Data yang menempatkan infrastruktur MYREN Cloud.

 

Tarikh Input: 23/06/2020 | Kemaskini: 23/06/2020 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEYKAp~

Hello!