Kompetensi Seiring Kualiti | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Kompetensi Seiring Kualiti

Kompetensi Seiring Kualiti

 

Serdang, 9 Oktober 2020 : Apa itu kompetensi? Pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan sesuatu tugasan dengan cekap atau dengan jayanya merupakan maksud kepada kompetensi. Terdapat sepuluh (10) kunci kejayaan iaitu :

  • Kerjasama
  • Tanggungjawab
  • Kesedaran komersial
  • Membuat keputusan
  • Komunikasi
  • Kepimpinan
  • Kepercayaan dan etika
  • Orientasi hasil
  • Penyelesaian masalah
  • Kemahiran organisasi

 

Tahap kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada kualiti pekerjanya. Tanpa sumber manusia yang cekap dan berkualiti, banyak organisasi tidak dapat melonjakkan diri dari segi kualiti.

Walaupun terdapat perubahan pada organisasi, sebagai pekerja kita harus:

  • Menerima ilmu dan kemahiran baharu dalam melaksanakan tugas
  • Kreatif dalam melaksana tugas dengan cara yang berbeza
  • Mengadun teknologi baharu dalam pekerjaan juga memberikan pengalaman yang berkualiti
  • Pekerja perlu berubah dan melengkapi dirinya dengan kemahiran bagi menyahut cabaran yang baharu

 

Semua warga iDEC adalah diseru supaya sentiasa membudayakan SPK walau di mana kita ditempatkan untuk bertugas serta mengUBAH SIKAP dan menDIDIK DIRI menjadi PEKERJA yang kompeten dan berkualiti

Bak kata pepatah “SILANG berpangkal, KERJA berjunjung” yang bermaksud dalam tiap-tiap pekerjaan mestilah ada ketua atau kepalanya supaya selamat dan “Memikul di BAHU, Menjunjung di KEPALA” iaitu melakukan kerja mengikut cara yang betul.

Tarikh Input: 14/10/2020 | Kemaskini: 14/10/2020 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEUNAq~

Hello!