Kita Berjaya Membudayakan EKSA! | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Kita berjaya membudayakan EKSA!

Kita berjaya membudayakan EKSA!

 

Serdang, 6 Disember 2022 : Tahniah! Kita berjaya membudayakan EKSA di tempat kerja. Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah mendapat tempat kedua bagi kategori A dan anugerah telah disampaikan sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan 2022. HKIP 2022 telah diadakan di Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Abdul Aziz Shah dan dirasmikan oleh Yang Hormat Dato' Profesor Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.

Hasil kerjasama semua staf dan semangat gotong-royong memastikan kebersihan, kekemasan pejabat telah membuahkan hasil. In sha Allah, kita akan teruskan semangat ini bagi memastikan persekitaran pejabat sentiasa kekal bersih, teratur dan kemas.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli Jawatankuasa EKSA serta semua warga iDEC! 

 

Disediakan oleh : Ts. Nor Azlina Zainal Abidin

Tarikh Input: 10/12/2022 | Kemaskini: 10/12/2022 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcQAI~

Hello!