Kesinambungan Pendigitalan Universiti 2026-2050 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Kesinambungan Pendigitalan Universiti 2026-2050

Kesinambungan Pendigitalan Universiti 2026-2050

Serdang, 15 Disember 2023: Pendigitalan kampus merupakan agenda utama semua universiti awam yang perlu dipastikan terlaksana seiring misi, visi serta pelan strategik universiti. Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah mengadakan bengkel bagi menyediakan perancangan dan strategik untuk memastikan kesinambungan Pelan Pendigitalan UPM 2021-2025.

Selain pemantauan pelaksanaan pelan terdahulu, strategik dan program baharu untuk pendigitalan akan datang telah dibincang dan akan dimajukan ke siri bengkel yang akan datang. Bengkel peringkat iDEC ini akan diadakan lagi sebelum bengkel utama yang akan dihadiri oleh ahli dari kalangan Jawatankuasa tertinggi berkaitan ICT dan seterusnya pembentangan peringkat pengurusan tertinggi universiti.

Pelbagai strategi diatur bagi membolehkan penyediaan pelan pendigitalan ini dan di antara program yang akan diadakan adalah kajian dan temu bual bersama pihak berkepentingan dan komuniti. Semoga dengan adalanya pelan pendigitalan terkini akan dapat menjadikan universiti sebagai kampus digital.

Disediakan oleh:
Ts. Nor Azlina Zainal Abidin

Tarikh Input: 28/12/2023 | Kemaskini: 28/12/2023 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEbXAm~

Hello!