Kerjasama Mantap KPT-MAPITA Ke Arah Perkongsian Sumber Dan Ilmu | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Kerjasama Mantap KPT-MAPITA ke Arah Perkongsian Sumber dan Ilmu

Kerjasama Mantap KPT-MAPITA ke Arah Perkongsian Sumber dan Ilmu

 

Kerjasama Mantap KPT-MAPITA ke Arah Perkongsian Sumber dan Ilmu 

Kuching, 4 Mac 2024: Mesyuarat Pengarah-Pengarah ICT (MAPITA) Bil. 1 Tahun 2024 telah diadakan pada 4 - 5 Mac 2024 bertempat di Pusat Digital Tun Abang Haji Openg (TAHODC), Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS). Mesyuarat telah dihadiri oleh Pengarah ICT atau wakil daripada semua Universiti Awam Malaysia. 

Sesi pembentangan dan perbincangan berdasarkan petunjuk prestasi berdasarkan Resolusi Penyelarasan Inisiatif MAPITA-KPT 2024. 

Tajuk pembentangan adalah seperti berikut:

  1. Kajian Tatakelola Kelulusan Projek ICT UA (UMPSA)
  2. Tatakelola Pelantikan dan Peranan CDO (MAPITA-BPM-JDT)
  3. Repositori Kepakaran (UPM)
  4. Perkongsian Sumber Landskap Aplikasi (Emerging/Advanced Technology) (UNIMAS)
  • Knowledge Sharing (UNIMAS)
  • Smart Partnership UMPSA-UTHM (UMPSA)
  • Cerita Kejayaan (Success Story)
  1. Pemusatan Langganan Perisian (BPM, KPT)
  • Kajian Penggunaan dan Pelaksanaan GWS (UTM)
  • Kajian Penggunaan dan Pelaksanaan Adobe (UTeM)
  • Kajian Penggunaan dan Pelaksanaan Matlab, Canva, dll. (UUM)
  1. Pemusatan Langganan Pangkalan Data
  • Hasil Kajian Penggunaan dan Pelaksanaan Oracle (UTM)
  1. Pensijilan dan Pematuhan ISMS (USM)
  2. Pembentangan Inisiatif di bawah BPM, KPT:
  • Pengkomputeran Awan (Cloud@KPT)
  • Peningkatan Rangkaian LAN/WiFi/MyREN
  • Keselamatan Siber
  • Pengurusan Projek ICT di bawah RMKe-12 RP5 2025
  • Kajian Kebolehlaksanaan Kerangka Kerja Kampus Pintar di bawah projek DE RMKe-12 RP4 2024
  • Perkhidmatan Sepunya E2E
  1. Hasil Kajian Peralatan Keselamatan Siber dan Insiden
  2. Keselamatan Siber antara Universiti Awam (UMT)
  3. Pandangan Awal Cadangan Penubuhan Konsortium eLearning UA (USIM)

 

Resolusi ini adalah berdasarkan objektif seperti di bawah: 

  1. Merangka Petunjuk Prestasi (KPI) dan strategi bagi pelaksanaan inisiatif pendigitalan 2024;
  2. Menjajarkan inisiatif pendigitalan UA dan Agensi dengan Kementerian;
  3. Memperkukuh Rangka Kerja dan Pengurusan Strategik bagi membantu KPT melaksanakan strategi perancangan teknologi, pengurusan perubahan, pengurusan risiko dan pentadbiran data yang efektif; dan
  4. Membangunkan terma rujukan bagi kajian kebolehlaksanaan kerangka kerja kampus pintar yang akan dilaksanakan pada tahun 2024. Kajian ini perlu dilaksanakan bagi menyelaras semula dan menambaik perancangan pelaksanaan kampus pintar sedia sebagai panduan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). 

 

Kerjasama yang erat di antara ahli MAPITA dan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan terus dikekalkan dan semoga terus maju menerajui kepimpinan ICT Universiti Awam Malaysia.

 

Disediakan oleh: Ts. Nor Azlina dan Ts. Norazlin

Sumber : MAPITA

Tarikh Input: 21/03/2024 | Kemaskini: 21/03/2024 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEbSAL~

Hello!