Kepimpinan Bisness Dan IT Dalam Menyusuri Enterprise Architecture Berasaskan Artificial Intelligence | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Kepimpinan Bisness Dan IT Dalam Menyusuri Enterprise Architecture Berasaskan Artificial Intelligence

Kepimpinan Bisness Dan IT Dalam Menyusuri Enterprise Architecture Berasaskan Artificial Intelligence

 

24 Julai 2024, Kuala Lumpur: Webinar Enterprise EA bertajuk Kepimpinan Bisness Dan IT Dalam Menyusuri Enterprise Architecture Berasaskan Artificial Intelligence telah dianjurkan oleh Institut Tadbiran Negara (INTAN) secara dalam talian. Webinar ini bertujuan meningkatkan pemahaman peserta tentang peranan EA dalam membantu organisasi meningkatkan keupayaan, daya inovasi dan seterusnya mencapai matlamat strategik organisasi. Ahli panel terdiri daripada pakar EA yang berpengalaman dan telah berjaya melaksanakan projek-projek EA dalam sektor awam. Mereka akan berkongsi pandangan dan pengalaman mereka serta memberikan panduan praktikal untuk melaksanakan EA yang berkesan.

 

Penceramah jemputan adalah sepeti berikut:

  1. YBRS. DR. ARIFFIN MARZUKI BIN MOKHTAR TIMBALAN PENGARAH (SISTEM PENGURUSAN HOSPITAL), HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
  2. YBRS. PROF MADYA TS. DR. NUR AZALIAH BINTI ABU BAKAR PENSYARAH KANAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
  3. PUAN NUROL HIDAYAH BINTI IBRAHIM KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN, JABATAN DIGITAL NEGARA

 

Antara bisness dan IT:

  • Bisnes melihat organisasi dari segi penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan kos yang digunakan serta hasil yang diperolehi.
  • IT melihat dari sudut teknologi yang akan digunakan dan melibatkan kos pengoperasian yang tinggi.
  • EA menggabungkan keduanya sebagai jambatan untuk pemyampaian perkhidmatan digital

 

 

Enterprise architecture (EA) merupakan satu pendekatan berstruktur yang menggambarkan struktur dan operasi sebuah organisasi secara holistik. EA menekankan empat domain utama iaitu business (perkhidmatan),data,aplikasi dan teknologi. Melalui EA, sesebuah organisasi dapat membuat keputusan yang lebih baik berhubung pelaburan teknologi, perubahan perkhidmatan, dan inovasi organisasi . EA turut menyokong organisasi dalam menghadapi perubahan pasaran dan teknologi yang pesat.

Kerajaan yang menjalankan fungsi perkhidmatan awam dengan memanfaatkan data digital: sebagai tunjang utama dalam strategi memodenkan penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi ekspektasi rakyat dan pembaharuan pentadbiran organisasi serta meningkatkan daya saing ekonomi meraih kepercayaan institusi dan meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam.

 

image

Sumber : Webinar anjuran Institut Tadbiran Negara (INTAN), Kepimpinan Bisness Dan It Dalam Menyusuri Enterprise Architecture Berasaskan Artificial Intelligence

 

Disediakan oleh:
Ts.Nor Azlina Zainal Abidin
Bahagian Perancangan dan Governan ICT

Tarikh Input: 01/08/2024 | Kemaskini: 09/08/2024 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
W, (09:46:09pm-09:51:09pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]