Keperluan Dokumen BRS Dalam Pembangunan Sistem Aplikasi | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Keperluan dokumen BRS dalam pembangunan sistem aplikasi

Keperluan dokumen BRS dalam pembangunan sistem aplikasi

 

Serdang, 14 dan 15 Julai 2020: Penyediaan Dokumen Business Requirement Specification (BRS) ialah suatu proses penting dalam metodologi fasa pembangunan sistem aplikasi. Ianya melibatkan aktiviti-aktiviti untuk melengkapkan dengan jelas semua senarai keperluan sistem yang hendak dibangunkan ke dalam bentuk yang lebih seragam dan mudah untuk direkodkan bagi proses pembangunan sistem aplikasi.

Standard yang diguna pakai dalam penyediaan dokumen ini adalah merujuk kepada standard yang dikeluarkan oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bersama dengan standard yang dikeluarkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Aplikasi iDEC (BPA).


Menyedari akan kepentingan proses ini maka kursus penyediaan Dokumen Business Requirement Specification (BRS) telah diadakan bagi memberikan pendedahan kepada semua staf Pegawai Teknologi Maklumat dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA32) tentang asas penyediaan dokumen ini.

Selain itu diharap output daripada kursus ini akan dapat  digunakan oleh semua yang terlibat dalam memberikan panduan kepada pihak pemohon sistem dalam penyediaan dokumen BRS ini.

Tarikh Input: 21/07/2020 | Kemaskini: 21/07/2020 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
C1600556141