Ke Arah Pendigitalan Dokumen Sektor Awam | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Ke arah pendigitalan dokumen sektor awam

Ke arah pendigitalan dokumen sektor awam

 

UPM Serdang, 17 Disember 2021 : Seiring dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 menggariskan hala tuju strategik pelaksanaan pendigitalan Sektor Awam untuk tempoh lima tahun yang akan menjadi panduan kepada agensi Sektor Awam bagi memacu agenda Kerajaan Digital yang Mampan ke arah membentuk masyarakat digital. Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) mengambil inisiatif menjemput pasukan MAMPU untuk sesi perkongsian Digital Document Management System 2.0. Sebagai entiti yang berperanan melihat dari segi aspek teknikal ICT, penjelasan mengenai teknikal dan keperluan ICT yang terlibat telah dikongsikan bersama. Pejabat Pendaftar adalah penyelaras untuk Universiti Putra Malaysia yang akan menyelaras dan melihat dari aspek klasifikasi fail, latihan dan pelaksanaan. 

Kepentingan PSPSA 2021-2025

  1. Menyokong aspirasi Kerajaan untuk menggapai Sustainable Development Goal 2030, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan Rancangan Malaysia Ke-12
  2. Menjajarkan penerimagunaan kemunculan teknologi baharu (emerging technologies) seiring dengan transformasi digital Sektor Awam
  3. Menjajarkan strategi pelaksanaan pendigitalan agensi dengan agenda pendigitalan Sektor Awam Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 menggariskan hala tuju strategik pelaksanaan pendigitalan Sektor Awam untuk tempoh lima tahun yang akan menjadi panduan kepada agensi Sektor Awam bagi memacu agenda Kerajaan Digital yang Mampan ke arah membentuk masyarakat digital.
  4. Menyumbang kepada ekonomi digital menerusi adaptasi/eksploitasi kemunculan teknologi baharu (emerging technologies)

Tarikh Input: 17/12/2021 | Kemaskini: 17/12/2021 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcWAj~

Hello!