![]() |
![]() |
![]() |
20 November 2024, Serdang : Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja adalah merupakan pengiktirafan kepada PTJ yang menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap persekitaran tempat kerja yang sihat, selamat, dan produktif. Anugerah ini menilai pelbagai aspek persekitaran kerja, termasuk kesejahteraan pekerja, keselamatan, amalan pengurusan, serta penyediaan kemudahan yang menyokong keseimbangan kehidupan kerja.
Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) amat berbangga kerana telah mendapat tempat pertama Kumpulan A bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (EKSA) dan dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan, Universiti Putra Malaysia. Majlis yang gemilang ini telah diadakan di Pusat Kebudayaan Sultan Abdul Aziz Shah (PKSAAS).
Kesungguhan dalam memastikan tempat kerja sentiasa dalam keadaan selesa dan kondusif, merupakan cabaran besar memandangkan jumlah pekerja yang ramai dan mempunyai lebih dari satu bangunan. Semangat kental yang dipupuk akan diteruskan supaya pembudayaan ekosistem tempat kerja sentiasa dalam keadaan yang baik dan selesa. Semoga iDEC akan terus menjadi ikon terbaik dalam menyediakan persekitaran kerja yang kondusif.
Disediakan oleh: Ts. Nor Azlina Zainal Abidin
Tarikh Input: 20/11/2024 | Kemaskini: 21/11/2024 | nazlina

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan