IFORCE : BANK IDEA - Sistem Pengurusan Idea Kreatif | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » iFORCE : BANK IDEA - Sistem Pengurusan Idea Kreatif

iFORCE : BANK IDEA - Sistem Pengurusan Idea Kreatif

  

BANK IDEA : Sistem Pengurusan Idea Kreatif

Serdang, 24 Oktober 2017. Kumpulan iFORCE dari Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah menyertai pertandingan Anugerah Inovasi Perkhidmatan yang berlangsung di Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).

iFORCE yang terdiri daripada 5 orang staf iDEC telah membentangkan projek bertajuk BANK IDEA : Sistem Pengurusan Idea Kreatif. Ahli kumpulan terdiri daripada En. Mohd Rizal bin Mohd Khanafie, Puan Aidah Ngatiman, Puan Huda binti Khairuddin, Puan Rosnizah Mohamad Basri dan Puan Zanariyah Tohari.

Tujuan utama dibangunkan BANK IDEA adalah untuk mendapatkan idea kreatif bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan perkhidmatan iDEC. Ianya juga dapat menggalakkan staf iDEC memberikan idea kreatif serta menjadi pusat sehenti bagi mengumpul dan menguruskan idea-idea kreatif. Sistem ini diintegrasikan dengan UPM-ID bagi tujuan kawalan capaian dan memudahkan staf menghantar idea. Idea yang dihantar akan dimasukkan ke dalam pangkalan data berserta maklumat staf dan tarikh idea dihantar. Idea yang telah dihantar secara automatik didaftarkan atas nama pemberi idea dan tarikh penerimaan oleh sistem sebagai bukti bahawa idea itu telah dihantar dan diterima. Selain sebagai tempat pengumpulan idea kreatif, BANK IDEA ini juga boleh digunakan sebagai tempat rujukan dan carian idea-idea kreatif yang telah dihantar. Staf boleh membuat carian idea dengan lebih mudah berdasarkan kata kunci. Pihak Pengurusan juga turut melihat idea yang dihantar bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Sistem ini juga telah tersedia dengan modul pertandingan dimana ianya boleh dijadikan sebagai platform pertandingan yang melibatkan idea kreatif seperti pertandingan mereka tema dan pertandingan idea inovasi perkhidmatan. BANK IDEA ini boleh diperluaskan penggunaan kepada semua PTJ di dalam UPM. Ianya telah beroperasi sepenuhnya di http://bankidea.upm.edu.my.

   

Tarikh Input: 07/11/2017 | Kemaskini: 07/11/2017 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXETTAb~

Hello!