IDEC Bersiap Sedia Menghadapi Kecemasan Kebakaran | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » iDEC Bersiap Sedia Menghadapi Kecemasan Kebakaran

iDEC Bersiap Sedia Menghadapi Kecemasan Kebakaran

SERDANG, 17 Ogos 2023 – iDEC telah mengadakan Latihan Kecemasan dan Pengungsian Bangunan bagi Tahun 2023 dengan kerjasama Unit Bantu Mula UPM dan Pusat Kesihatan UPM di Bangunan iDEC Sigma, Infoport. Buat julung kalinya, latihan ini dilaksanakan secara serentak bersama dengan Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) kerana lokasi bangunan yang sama.

Tujuan latihan ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara amali kepada Pasukan Tindakan Kecemasan atau Emergency Response Team (ERT) sebagai first responder serta melatih staf di bangunan tersebut untuk mematuhi arahan semasa menghadapi sebarang kes kecemasan.

Latihan dimulakan dengan simulasi insiden kebakaran bersama kepulan asap dan disusuli dengan bunyi sistem penggera kebakaran. Pasukan ERT iDEC dengan segera bertindak melaksanakan pengungsian bangunan dan operasi menyelamat mangsa yang tercedera. Bangunan berjaya dikosongkan dalam tempoh kurang daripada 2 minit. Encik Abdul Wahid Mohd Sidik selaku ketua bangunan iDEC Sigma telah memainkan peranan yang penting dalam mengetuai sesi tersebut. Latihan ini bermula pada 10.00 pagi dan berjaya ditamatkan pada 10.23 pagi.

Sejurus selepas latihan dilaksanakan, satu sesi taklimat mengenai hasil latihan kecemasan yang dipengerusikan oleh Ts. Syemsul Bahrim Abdul sebagai Timbalan Komander Insiden JK ERT IDEC. Sesi tersebut turut dihadiri oleh JK ERT IDEC, JK ERT IPSAS,  Encik Mohd Sharizan Saian sebagai wakil daripada Unit Bantu Mula dan Puan Zainor Mazwin Zainal wakil daripada IPSAS. Secara keseluruhan, latihan ini telah BERJAYA mencapai matlamat dan berharap agar beberapa cadangan  penambahbaikan oleh pihak Unit Bantu Mula UPM dapat dilaksanakan untuk latihan akan datang, selain daripada cadangan untuk mengekalkan kerjasama di antara iDEC Sigma dan IPSAS diteruskan.

 

Disediakan oleh: NIK MOHD YUSRI NIK HARUN

Tarikh Input: 30/08/2023 | Kemaskini: 30/08/2023 | rizalkhanafie

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcVAf~

Hello!