IDEC Bantu Kurangkan Kos Operasi CADe | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » iDEC bantu kurangkan kos operasi CADe

iDEC bantu kurangkan kos operasi CADe

 

SERDANG, 15 April 2021 : Pusat Pembangunan Akademik (CADe) dengan usahasama Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (IDEC) telah berjaya membangunkan Sistem Exit Survey Atas Talian (Online Exit Survey-OES) yang bertindak sebagai pangkalan data kajian tahap kepuasan pelajar program pra siswazah terhadap perkhidmatan UPM. Sistem ini membolehkan pelajar melaksanakan proses soal selidik secara maya bagi setiap sesi pelajar bergraduat. Proses menganalisis data skor pelajar bagi tahap kepuasan perkhidmatan UPM seterusnya, dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat berbanding dengan pelaksanaan secara manual.

Exit Survey merupakan satu proses penilaian bagi memantapkan mutu perkhidmatan dan penawaran program pengajian akademik di UPM. Pelaksanaan proses ini telah dilaksanakan lebih daripada 12 tahun secara manual. Kajian soal-selidik ini melibatkan seramai 2000 hingga 3000 pelajar bagi setiap sesi bergraduat.

Ketua Bahagian Pembangunan Pengajaran dan Pembelajaran, Puan Nor Azirawani Man berkata “Sistem ini bukan sahaja memberi manfaat kepada CADe malahan kepada pengurusan fakulti dan universiti dari segi penjimatan masa dan kos pelaksanaan”. Azirawani menjelaskan bahawa pelaksanaan Exit Survey sebelum ini dilaksanakan secara manual dan terpaksa dilaksanakan setiap semester iaitu 2 kali setahun. Proses manual setiap tahun menelan belanja sebanyak RM10,000 di samping tambahan kos sumber manusia yang tinggi dan masa yang lama untuk menguruskan borang serta analisis data yang diperolehi.

Sistem ini dijangkakan dapat membantu UPM dalam mengenalpasti peluang penambahbaikan kepada perkhidmatan universiti serta menentukan keperluan semakan semula program pengajian UPM secara keseluruhannya.

Penyerahan projek OES ini telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Faisal Abdul Ghafar selaku Pengurus Projek OES kepada Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Pengarah CADe UPM. Majlis telah diraikan bersama secara sederhana dalam atas talian, oleh Timbalan Pengarah CADE, Ketua Bahagian Pengajaran dan Pembelajaran CADe, Pengarah iDEC, Ketua Bahagian Pembangunan Aplikasi iDEC, Ketua Bahagian Pembangunan Aplikasi IDEC serta ahli pasukan pembangun sistem tersebut. Ahli pasukan pembangun sistem seramai 3 orang pegawai berpengalaman diketuai oleh Ahmad Faisal adalah merupakan pegawai daripada Bahagian Pembangunan Aplikasi (BPA) IDEC.

Tarikh Input: 21/04/2021 | Kemaskini: 05/12/2021 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDTTAx~

Hello!