I-MAGBOOK : Penjurian Anugerah Sudut Bacaan Read@Uni UPM 2022 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » i-MAGBOOK : Penjurian Anugerah Sudut Bacaan Read@Uni UPM 2022

i-MAGBOOK : Penjurian Anugerah Sudut Bacaan Read@Uni UPM 2022

   

 

UPM Serdang - 12 September, Satu Sesi Penjurian Sudut Bacaan Read@Uni 2022, telah dijalankan pada jam 9.30 pagi hingga 10.00 pagi di iDEC Alpha, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) dan diketuai oleh Encik Khairul Anwar Zulkifli dan Cik Nazibah Kamaruddin daripada Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) .

Bermula tahun 2022 pertandingan ini dikenali sebagai Anugerah Sudut Bacaan Read@Uni UPM dengan 5 pemenang mengikut kumpulan. Kriteria penilaian bagi anugerah tahun ini adalah terdiri daripada 5 kriteria, iaitu  Kreativiti dan Inovasi , Aktiviti , Promosi , Impak Perlaksanaan dan Ruang.

iDEC telah merancang dan memastikan pelaksanaan aktiviti ilmiah seperti Sembang Santai @iDEC dapat diteruskan , manakala aktiviti sukan in-door seperti Pertandingan Dam, Chess dan Congkak juga dapat dijalanakan di ruang sudut Bacaan iDEC. Ini menggalakkan semua warga iDEC khususnya untuk menggunakan kemudahan di sudut ini sepenuhnya disamping mempromosikan kempen buku yang sedang berjalan. Sehingga kini kempen yang dijalankan adalah “ Kempen Membaca Sambil Mengumpul Mata Ganjaran” dan “Kempen Infaq Ilmu - Today a Reader, Tomorrow a Leader”.

Setiap aktiviti dan kempen yang dijalankan akan di salurkan ke pelbagai medium media sosial sebagai promosi kepada warga iDEC khususnya untuk menyertai dan menyumbang idea yang lebih menarik, diantaranya: 

  • Laman Web iDEC Read@Uni, bertepatan dengan kempen Read@Uni , Sudut Bacaan iDEC 2022 diberi wajah baharu untuk menempatkan maklumat dan info aktiviti semasa
  • QR Code , hebahan kepada warga iDEC melalui imbasan code bagi mendapatkan senarai buku dan bahan bacaan yang terdapat di Sudut Bacaan iDEC
  • Youtube, Sesi Sembang Santai – kupasan buku yang dijalankan setiap hari Rabu jam 4.00 petang ,
  • Zoom , menggunakan aplikasi zoom meeting semasa rakaman sesi dijalankan untuk penglibatan warga iDEC
  • Facebook, menggunakan media sosial Facebook untuk menyampaikan maklumat hebahan dan aktiviti yang dijalankan
  • Whatapps, menggunakan media sosial WhatApps Group 1iDEC dan INFO RASMI IDEC sebagai medium makluman dan hebahan aktiviti
  • i-magbooksv2 , menyediakan perkhidmatan online bagi membolehkan warga iDEC meminjam dan mendapatkan maklumat dari buku-buku yang terdapat di Sudut Bacaan iDEC. Capaian buku disediakan bersama gambar muka buku dan ringkasan sinopsis yang menarik bagi menggalakkan minat pembaca.

Bagi memastikan warga pembaca di sudut ini lebih selesa dan santai ketika berada disudut ini , penyediaan ruang yang lebih kondusif untuk membaca dan sesuai bagi aktiviti santai. Selain itu susun atur perabot mengikut ruang telah ditambahbaik bagi memastikan keselesaan dan mengekalkan kekemasan ruang.

Sokongan dan kerjasama pihak pengurusan iDEC dan semua warga iDEC khususnya telah menjayakan perlaksanaan aktiviti dan kempen serta memberi impak yang positif.

Disediakan oleh : Shamiza Sharif

Tarikh Input: 13/10/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcXAt~

Hello!