HARI KUALITI & INOVASI PERKHIDMATAN 2015 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » HARI KUALITI & INOVASI PERKHIDMATAN 2015

HARI KUALITI & INOVASI PERKHIDMATAN 2015


Hasil perkongsian pengalaman aktiviti lean oleh Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) pada 8 Oktober 2015, iDEC telah dianugerahkan sijil penghargaan beserta wang bernilai RM 250 dalam Anugerah Pengurusan Lean yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Naib Canselor UPM sempena Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM tahun 2015 pada 5 November 2015, bertempat di Dewan Besar PKKSSAASS. Dengan pengalaman tersebut, Idec menaruh harapan tinggi dan berazam untuk memperbaiki kedudukan dalam anugerah pengurusan lean akan datang. Beberapa projek pembangunan aplikasi di UPM yang dibangunkan oleh staf iDEC juga telah berjaya dinobatkan dalam Anugerah Inovasi Perkhidmatan seperti berikut: a)Sistem Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (e-LPPT) –tempat ketiga (RM1000 beserta sijil) b)Sistem Universiti Putra Malaysia Intellectual Property (UPMIP) – tempat keempat (RM750 beserta sijil)

Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDcRAX~

Hello!