Hari Keluarga Dan Sukaneka KRiDEC 2019 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Hari Keluarga dan Sukaneka KRiDEC 2019

Hari Keluarga dan Sukaneka KRiDEC 2019

 

 

Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong; 16 Februari 2019 : Kelab Kebajikan dan Rekreasi iDEC (KRiDEC) sesi 2017/2019 telah menganjurkan Hari Keluarga dan Sukaneka KRiDEC 2019 di Sultan Idris Shah Forestry Education Center (SISFEC), Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong pada 16 Februari 2019. 

Program sehari ini telah disertai oleh sebilangan besar staf iDEC dan ahli keluarga masing-masing. Selari dengan objektif program ini untuk meraikan dan menghimpunkan semua warga iDEC serta keluarga mereka bagi merapatkan lagi jalinan silaturrahim yang sedia terjalin, disamping menyediakan ruang untuk warga iDEC berinteraksi. 

Kemeriahan Hari Keluarga dapat dirasai sepanjang Sukaneka Ria diadakan. Pelbagai aksi yang mencuit hati bersama kanak-kanak dapat dilihat dalam aktiviti Happy Clown dan Face Painting. Keseronokan jelas terpancar diwajah masing-masing semasa aktiviti Pertukaran Hadiah Hati Ke Hati. Selain daripada itu, ahli yang hadir berpeluang untuk merakamkan gambar sebagai tanda kenangan di Photo Booth Ceria yang disediakan. Sepanjang aktiviti berlangsung, telah diselang-selikan dengan Cabutan Bertuah Mega yang menyediakan pelbagai hadiah menarik kepada ahli-ahli yang bertuah. Kemuncak acara adalah pengumuman Juara Rumah Sukan bagi keseluruhan aktiviti Hari Keluarga.

Walaupun aktiviti Hari Keluarga telah tamat, pada sebelah petang diadakan jungle tracking kepada ahli yang berminat ke air terjun berhampiran untuk berehat sambil bermandi-manda.

Alhamdulillah, Hari Keluarga dan Sukaneka KRiDEC 2019 telah dapat diadakan dengan jayanya dan telah meninggalkan kenangan manis untuk semua warga iDEC.

Tarikh Input: 28/03/2019 | Kemaskini: 15/10/2019 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEUVAK~

Hello!