![]() |
![]() |
![]() |
18 November 2024, Kuala Lumpur: Jabatan Digital Negara (JDN), Kementerian Digital, dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah menganjurkan Bengkel Libat Urus Siri 2 Bersama Agensi Untuk Pembangunan Garis Panduan Pengadaptasian Kecerdasan Buatan (AI) Sektor Awam bertempat di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur, KL Sentral. Bengkel ini merupakan rentetan daripada Bengkel Libat Urus Siri 1 yang telah diadakan pada 29 Oktober 2024 di Hotel Aloft KL Sentral.
Bengkel ini bertujuan untuk memperhalusi draf awal garis panduan dengan menggabungkan pelbagai pandangan dan pendapat para pakar daripada seluruh sektor awam dan organisasi yang berkaitan. Universiti Putra Malaysia telah diwakili oleh Profesor Ts. Dr. Nurfadhlina Mohd. Sharef dan Profesor Madya Dr. Azreen Azman.
Agenda adalah seperti di bawah:

Semoga Garis Panduan Pengadaptasian Kecerdasan Buatan (AI) Sektor Awam akan dapat dibangunkan dan dijadikan panduan oleh semua agensi sektor awam di Malaysia.
Tarikh Input: 19/11/2024 | Kemaskini: 21/11/2024 | nazlina

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan