Serdang, 27 Julai 2025 – Kejohanan Sukan Staf Universiti Putra Malaysia (SUSTAF) 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang apabila Gabungan 2 muncul juara keseluruhan dengan kutipan 109 mata, meninggalkan pencabar terdekat, Gabungan 7 (96 mata) dan Gabungan 8 (84 mata).

Gabungan 2 yang dibarisi oleh Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Akademi Sukan (AS), Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) dan Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah menunjukkan prestasi luar biasa sepanjang kejohanan ini.

Di bawah kepimpinan Ketua Kontinjen Ts. Syemsul Bahrim Bin Abdul, Gabungan 2 berjaya mengungguli pelbagai acara dengan meraih pingat emas dan perak seperti berikut:
| Pingat Emas | Pingat Perak |
| Badminton Campuran | Futsal Wanita |
| Tenpin Boling Wanita | Bola Tampar Lelaki |
| Sepak Takraw | Bola Jaring |
| Dart | Bola Sepak |
| Hoki | Olahraga |
Kejayaan ini bukan hanya hasil dari kekuatan fizikal semata-mata, tetapi juga hasil semangat kesepaduan, kerjasama berpasukan dan semangat juang tinggi oleh seluruh staf dari pelbagai pusat tanggungjawab (PTJ) yang bergabung di bawah Gabungan 2.

Pihak pengurusan dan jawatankuasa SUSTAF turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kontinjen yang bertanding, terutamanya Gabungan 2 atas usaha gigih dan dedikasi yang membuahkan kejayaan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua staf yang telah menyumbang dalam kejayaan gemilang ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam aspek pembangunan sahsiah, kesihatan dan perpaduan warga UPM.
#SUSTAF2025 #Gabungan2Juara
Disediakan oleh:
Mohammad Alif Bin Mohammad Allaudin
Bahagian Pembangunan Aplikasi
Tarikh Input: 29/07/2025 | Kemaskini: 31/07/2025 | zuraya

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan