G2 Sukan Staf UPM 2023 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » G2 Sukan Staf UPM 2023

G2 Sukan Staf UPM 2023

Menggugat Lawan Menggegar Impian

Serdang, 10 Julai 2023 : Universiti Putra Malaysia sedang menganjurkan Sukan Staf UPM 2023 yang telah bermula pada 10 Julai sehingga 4 Ogos 2023. Sebanyak 16 acara sukan dipertandingkan dan disertai oleh 8 gabungan PTJ.

Gabungan 2 (G2) terdiri daripada 8 PTJ iaitu Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Institut Perhutanan Tropika Dan Produk Hutan (INTROP), Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar (FHAS), Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi (FBMK), Fakulti Rekabentuk Dan Senibina (FRSB).

Ts. Syemsul Bahrim Abdul dilantik menjadi Ketua Kontinjen dan dibantu oleh Penyelaras Ts. Nor Azlina Zainal Abidin. Sebanyak 18 Ketua Pasukan dan 1 orang Bendahari telah dilantik bagi memastikan urusan berkaitan dilaksanakan dengan lancar.

Dengan berbekalkan Moto G2 iaitu Menggugat Lawan, Menggegar Impian, adalah diharapkan kemenangan berpihak kepada kita! Teruskan semangat juang G2!

 

Disediakan oleh: Ts. Nor Azlina Zainal Abidin

 

Tarikh Input: 27/07/2023 | Kemaskini: 02/08/2023 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEbXAm~

Hello!