Expo On University Research Invention Creation And Innovation | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Expo on University Research Invention Creation and Innovation

Expo on University Research Invention Creation and Innovation

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia telah menyertai "Expo on University Research Invention, Creation and Innovation" yang telah diadakan pada 14 - 16 Ogos 2018 bertempat di Universiti Malaya. iDEC diwakili oleh iDeTech, telah membentangkan projek bertajuk "Warga UPM terpaksa MENGINGATI BEBERAPA ID DAN KATALALUAN bagi sistem yang pelbagai". iDeTech berjaya mendapat penarafan Emas dalam aktiviti ini. Tahniah diucapkan!

Konvensyen KIK peringkat Universiti Awam ke-14 di Universiti Malaya :

1. Kumpulan Langit Putra (Pejabat TNCPI) - Tempat ketiga Kategori Teknikal, Persembahan Terbaik Kategori Teknikal & Penarafan Emas
2. Kumpulan iDETECH (iDEC) - Penarafan Emas

 

Sinopsis Projek:

Staf atau pelajar UPM perlu mengakses banyak sistem aplikasi yang mempunyai id dan katalaluan  yang berbeza. Senario ini menjadi bebanan kepada semua pengguna sistem aplikasi untuk mengingati setiap id dan katalaluan. Malah, ini juga menjadi bebanan kepada pentadbir sistem (pegawai IT) untuk mencipta id dan katalaluan bagi setiap sistem aplikasi.

Masalah “warga UPM terpaksa mengingati beberapa id dan katalaluan bagi sistem yang pelbagai” telah dipilih untuk diselesaikan. Punca masalah ialah setiap sistem aplikasi mempunyai pengurusan id dan katalaluan tersendiri dan tiada keseragaman yang ditetapkan dalam membangunkan modul berkaitan pentadbiran id dan katalaluan pada setiap sistem aplikasi yang dibangunkan.
Tindakan penyelesaian yang telah dipilih ialah “membangunkan direktori pengenalan tunggal (Single ID Directory Services) UPM” iaitu UPM-ID.

Melalui UPM-ID, semua sistem aplikasi yang dibangunkan secara dalaman di UPM, termasuk capaian ke rangkaian, emel,  dan sebagainya, menggunakan satu id dan katalaluan yang sama. Hasilnya, warga UPM perlu mengingati hanya satu id dan katalaluan sahaja. Penyelesaian tersebut telah BERJAYA dilaksanakan. Penambahbaikan dibuat dengan mewujudkan garis panduan pengintegrasi UPM-ID dengan sistem aplikasi yang sedia ada serta manual kaedah mengaktifkan UPMID kepada pengguna. Garis panduan ini menghasilkan skrin login yang sama untuk mencapai sistem aplikasi yang berbeza.
 
Impak Pelaksanaan:
 
Menjimatkan kos sebanyak RM32,950.00

  1. Mengurangkan kos operasi sumber manusia sebanyak 89.66%
  2. Peningkatan kualiti sebelum dan selepas pelaksanaan projek dari segi pembangunan modul login
  3. Penjimatan sebanyak 6 hari bekerja bagi proses permohonan ID & katalaluan baharu
  4. Mengurangkan beban kepada pengurusan IT
  5. Mengurangkan kos jangka panjang (kos pembelian SSL cert)
  6. Pembangunan sistem lebih pantas
  7. Menyokong Pelan Organisasi Kejat
  8. Pengurusan pengguna sistem lebih effisyen
  9. Capaian pada semua sistem adalah selamat  
     

KUMPULAN iDeTech

FASILITATOR : Mohd Rizal Mohd Khanafie
KETUA KUMPULAN : Haryati Abdullah
SETIAUSAHA : Huda Khairuddin
AHLI :

  1. Sabdin@Zahar Wahab Ahmad
  2. Faisal Abdul Ghafar
  3. Nor Hasriyanti Rahim
  4. Azhana Abdullah
  5. Norhezrulsham Muhamad Nodin
  6. Shahrul Hazman Shamshudeen
  7. Norfaizul Abdul Aziz
  8. Muhammad Jamal Mohamed Kamil

< Galeri Gambar >

Tarikh Input: 16/08/2018 | Kemaskini: 30/08/2018 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEaXA1~

Hello!