EKSA IDEC Menutup Tirai 2023 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » EKSA iDEC menutup tirai 2023

EKSA iDEC menutup tirai 2023

Disember 2023, Serdang: Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) iDEC menutup tirai tahun 2023 dengan perlaksanaan audit dalaman pada 13 Disember 2023 yang lalu. Penglibatan semua Zon EKSA iDEC iaitu Alpha, Gamma, Sigma, Beta dan Seksyen ICT sepanjang tahun 2023 adalah sangat menggalakkan dan memberi impak yang besar dalam persekitaran kerja di iDEC.

Bagi penganjuran pertandingan Inovasi EKSA 2023, sepuluh inovasi daripada Zon EKSA iDEC telah bertanding dan sesi penilaian inovasi telah diadakan pada 1 November 2023 oleh panel penilai jemputan iaitu Puan Zaireen Zakaria dan Encik Amirnuddin Nazar.

Tahniah kepada semua pemenang berikut:

Tempat Pertama
Ts. Nor Azlina Zainal Abidin dan Pasukan iDEC Alpha
(Lestari Hijau di Pejabat)

Tempat Kedua
Nurrul Hamni Othman, Azlina Shafie, Mohamad Illias Md Yasin, Saiful Hairi Ahmad Tarmizi
(Susunatur Terbaik untuk Workstation Kerja)

Tempat Ketiga
Mohd Radzi Mahidin dan Pasukan iDEC Alpha
(Recycle di Pejabat)

Kategori Seksyen ICT - Tempat Pertama
Seksyen ICT Pentadbiran
(Lestari Hijau di Pejabat)

Kategori Seksyen ICT - Tempat Kedua
Seksyen ICT Pertanian, Perubatan dan Veterinar
(Recycle di Pejabat)

Semoga EKSA di iDEC akan lebih cemerlang pada masa akan datang.

Tarikh Input: 29/12/2023 | Kemaskini: 29/12/2023 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcWAo~

Hello!