EA Secara Holistik Dengan MYGOVEA | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » EA secara holistik dengan MYGOVEA

EA secara holistik dengan MYGOVEA

   

Serdang, 23 Ogos 2022 : "Enterprise Architecture adalah satu rekod tingkah laku yang berlaku dalam organisasi, pemprosesan data, individu, tempat dan keperluan apabila semuanya dijalankan. Secara ringkas, siapa, apa, mengapa, bila, dimana dan bagaimana bisnes yang dijalankan di setiap peringkat bermula daripada matlamat korporat peringkat tinggi kepada kod program peringkat rendah melaksanakan bisnes proses bagi mencapai matlamat tersebut.”  Petikan kata-kata daripada "The Open Group", sumber dari laman web MYGOVEA. 

Pegawai utama Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) telah menyertai sesi penerangan berkaitan Enterprise Architecture yang disampaikan oleh Encik Hasan Ganny Hanif B Francis, Chief Enterprise Architect/Chief Digital Strategy daripada ATD Solution (Malaysia) Sdn. Bhd. Taklimat telah diadakan di Putra Smart Classroom pada jam 10.00pagi. Sesi secara hibrid ini telah dimulakan dengan sejarah dan maklumat berkaitan iDEC yang disampaikan oleh Ts. Mohd. Faizal Daud (menjalankan tugas Pengarah sehingga Pengarah baharu dilantik).  

Bagi mencapai matlamat penyediaan EA Universiti Putra Malaysia, beberapa siri bengkel dengan disertai oleh semua entiti utama UPM perlu dilaksanakan. Masih jauh perjalanan dan usaha perlu diteruskan supaya output dapat diperolehi. Semoga kami berjaya menghasilkan output yang dikehendaki.

 

Disediakan oleh : Ts. Nor Azlina Zainal Abidin

Tarikh Input: 23/08/2022 | Kemaskini: 23/08/2022 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEbXAA~

Hello!