DRP ICT UPM | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » DRP ICT UPM

DRP ICT UPM

27 Julai 2023, Serdang: Aktiviti Disaster Recovery Plan (DRP) ICT UPM telah di adakan di
Thinker space 2.0, Fakulti Kejuruteraan, UPM dengan kehadiran seramai 29 orang peserta.
Peserta terdiri daripada Bahagian Operasi Aplikasi (BOA), Bahagian Infrastruktur ICT (BIT),
Bahagian Komunikasi Multimedia (BKM), Bahagian ICT HSAAS, UPM Kampus Bintulu dan
turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Perkhidmatan ICT) Ts. Syemsul Bahrim Abdul.
Pada sebelah pagi telah diadakan Mesyuarat Pasukan DRP ICT UPM yang
dipengerusikan oleh Ketua Pasukan DRP ICT UPM iaitu Ts. Ahri Sogok. Manakala bengkel
DRP ICT UPM yang diketuai oleh Ts. Rostam Abu Bakar telah diadakan pada sebelah
petang. Pengarah iDEC, Ts. Mohd Faizal Daud turut hadir pada sesi bengkel yang diadakan.
Antara yang dibincangkan adalah semakan semula keanggotaan jawatankuasa Pasukan
Pemulihan Bencana ICT UPM dan pemurnian dokumen.
Objektif bengkel adalah untuk meneliti, menyemak dan mengemaskini dokumen
DRP dengan merujuk kepada template yang disediakan oleh pihak Malaysian Administrative
Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU). Permunian dokumen turut dibuat
agar selari dengan dokumen induk menerusi Pelan Kesinambungan Perkhidmatan. Peserta
telah dipecahkan kepada sembilan (9) kumpulan mengikut kategori aplikasi dan infrastruktur.
Hasil bengkel telah di bentangkan pada penghujung sesi oleh setiap ketua kumpulan.
Bengkel ini juga merupakan persediaan pasukan di dalam menjayakan simulasi pemulihan
bencana yang dijadualkan pada akhir Ogos 2023.

Tarikh Input: 17/08/2023 | Kemaskini: 17/08/2023 | zalaz

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEbVAD~

Hello!