CICO@iDEC 2022 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » CICO@iDEC 2022

CICO@iDEC 2022

Serdang, 16 November 2022 : Apakah yang dapat memberikan impak kepada organisasi? Bahagian Kaunseling, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan program Cemerlang Individu Cemerlang Organisasi atau singkatannya CICO yang merupakan program jelajah ke setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) UPM. Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) amat berbesar hati dengan kehadiran pasukan BKU yang diketuai oleh Puan Kamariah Derasol yang merupakan penceramah program tersebut.

Kelainan program adalah dengan diselangi aktiviti fizikal ringan seperti edaran bola di mana memerlukan penglibatan keseluruhan peserta yang hadir. Aktiviti ini memberikan impak bahawa kerjasama sangat penting bagi memastikan organisasi dapat memberikan perkhidmatan terbaik. Selain itu, keselesaan pada tahap tertentu akan menyebabkan produktiviti atau fokus semakin berkurangan dan perubahan perlu dilaksanakan bagi memastikan ketersediaan dan kejayaan organisasi.

Semoga staf iDEC dapat mengaplikasikan dan memanfaatkan maklumat yang diperolehi semasa program CICO@iDEC 2022.

 

Disediakan oleh :

Ts. Nor Azlina binti Zainal Abidin

Tarikh Input: 17/11/2022 | Kemaskini: 17/11/2022 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEUHA5~

Hello!