Ceramah Persediaan Tadarus Al-Quran: Adab Ketika Tadarus Al-Quran | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC) idec
» BERITA » Ceramah Persediaan Tadarus Al-Quran: Adab Ketika Tadarus Al-Quran

Ceramah Persediaan Tadarus Al-Quran: Adab Ketika Tadarus Al-Quran

Serdang, 14 Februari 2025 – Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KRiDEC), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan ceramah persediaan tadarus Al-Quran bertajuk "Adab Ketika Tadarus Al-Quran" secara dalam talian sebagai persiapan menyambut bulan Ramadan 1446H. Program ini bertujuan memberi pendedahan tentang adab bertadarus serta teknik bacaan yang betul bagi meningkatkan mutu bacaan Al-Quran dalam kalangan peserta.

Ceramah ini disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Shahrun Nizam bin Muhammad Sukarman, Imam Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, Batu 14 Hulu Langat. Sesi ini berlangsung dari jam 9.00 hingga 11.00 pagi melalui platform Google Meet, membolehkan semua ahli KRiDEC menyertainya dengan lebih mudah.

Dalam perkongsian tersebut, Ustaz Shahrun Nizam memberikan bimbingan kepada peserta berkaitan adab bertadarus serta teknik bacaan Al-Quran yang betul berdasarkan ilmu tajwid. Beliau turut membimbing peserta secara langsung dengan menunjukkan ayat-ayat yang sering menjadi kesukaran ketika membaca serta membantu memperbetulkan bacaan dari aspek sebutan dan tajwid.

Peserta turut digalakkan membawa Al-Quran masing-masing bagi memudahkan rujukan dan latihan sepanjang sesi berlangsung. Program diteruskan dengan sesi soal jawab yang memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan berkaitan teknik bacaan serta kesalahan yang perlu dielakkan.

Diharapkan sesi perkongsian ini dapat meningkatkan keyakinan dan kemahiran peserta dalam membaca Al-Quran, di samping memupuk penghayatan yang lebih mendalam terhadap kandungannya sepanjang bulan Ramadan.

Tarikh Input: 27/03/2025 | Kemaskini: 21/08/2026 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
X, (09:43:15am-09:48:15am, 18 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]