 |
|
24 Oktober 2024, Serdang – Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Kursus Digital Canva bertempat di Makmal Komputer iDEC Alpha, Putra Infoport. Kursus ini memberi fokus kepada pemantapan kemahiran reka bentuk digital dalam kalangan staf untuk meningkatkan kualiti komunikasi visual dan bahan penerbitan mereka.Dikendalikan oleh Ts. Saiful Ramadzan Hairani dari Bahagian Kampus Pintar dan Pendigitalan, iDEC, kursus ini berjaya menarik penyertaan 20 orang staf.
|
|
Mereka didedahkan dengan pelbagai fungsi dan teknik terkini Canva, termasuk:
- Latihan Membina Timeline Projek
Peserta dilatih menggunakan Canva untuk menghasilkan garis masa projek secara visual, membantu perancangan dan pemantauan projek dengan lebih jelas dan teratur.
- Reka Bentuk Tandatangan untuk Footer Emel
Sesi ini memberi panduan dalam menghasilkan tandatangan emel korporat yang profesional dan konsisten dengan identiti UPM.
- Penggunaan Mockups Frame
Peserta belajar menggunakan mockup bagi menghasilkan visual promosi atau konsep idea dengan lebih menarik dan realistik.
- Poster dengan Header & Footer UPM
Peserta didedahkan dengan kaedah menghasilkan poster rasmi yang mematuhi identiti visual UPM menggunakan header dan footer untuk konsistensi penjenamaan.
- Penyediaan Template Laporan Bergambar
Peserta diajar mereka template laporan dengan elemen grafik dan foto bagi menyampaikan maklumat dengan jelas dan menarik perhatian.
Fungsi kolaborasi masa nyata dalam Canva turut diterokai bagi membolehkan beberapa pengguna bekerjasama serentak untuk menyiapkan projek dengan lebih cepat dan berkesan. Peserta juga memanfaatkan integrasi Canva dengan Google Drive untuk memudahkan perkongsian dan simpanan bahan secara digital.
“Latihan ini sangat membantu kami dalam menghasilkan bahan komunikasi dan laporan dengan lebih profesional dan kreatif,” ujar salah seorang peserta.
Kursus ini selaras dengan komitmen UPM untuk memacu staf universiti ke arah pendigitalan dan inovasi, memastikan mereka kekal relevan dalam era teknologi dan memenuhi keperluan universiti sebagai sebuah institusi bertaraf global.
Disediakan oleh: Ts. Saiful Ramadzan Hairani
|
Tarikh Input: 30/10/2024 |
Kemaskini: 12/11/2024 | nazlina
PERKONGSIAN MEDIA