BOA Juara Sukan Bahagian@PICT | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » BOA Juara Sukan Bahagian@PICT

BOA Juara Sukan Bahagian@PICT

13 Sept 2023, Serdang : Aktiviti Sukan dan Riadah bagi Perkhidmatan ICT di bawah Timbalan Pengarah Perkhidmatan ICT (PIC) diteruskan lagi dengan aktiviti sukaneka. Aktiviti ini telah di adakan di Bukit Ekspo, UPM. Acara yang dipertaruhkan dalam aktiviti sukaneka adalah Gorilla Walk, Ping Pong Bingo, Make Face/Muka Badut, Transfer Kain, Water Fall, Candy Crash dan Pendrive Karat.

Sukaneka ini terus diungguli oleh Bahagian Operasi Aplikasi (BOA) dan seterusnya  dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan dan Riadah Bahagian di bawah Timbalan Pengarah Perkhidmatan ICT (PIC), iDEC dengan markah keseluruhan sebanyak 27 markah. Naib johan pula disandang oleh Bahagian Sokongan Pengguna (BSP) dengan 21 markah. Manakala tempat ketiga merupakan gabungan Bahagian Komputer dan Multimedia (BKM) bersama Bahagian Pentadbiran (BPT) dan tempat keempat di pelopor oleh Bahagian Infrastruktur ICT (BIT).   

Secara keseluruhannya aktiviti sukan dan riadah ini telah berjaya mencapai objektif dengan menggalakkan staf beriadah, mengeratkan hubungan antara staf PICT seterusnya meningkatkan motivasi staf BOA, BSP, BIT, BKM dan BPT.

Tarikh Input: 30/09/2023 | Kemaskini: 30/09/2023 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXEcAA5~

Hello!