![]() |
![]() |
![]() |
7 Januari 2025, Putrajaya - Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 1 Tahun 2020 disediakan bertujuan memberi panduan kepada organisasi menjalankan analisis, reka bentuk, perancangan dan pelaksanaan strategi melalui Malaysia Government Enterprise Architecture (MyGovEA) bagi membina amalan Enterprise Architecture (EA) dalam agensi. Ia juga menyediakan panduan dan metodologi kepada agensi dalam mengenal pasti dan memperkemas semula perkhidmatan yang disediakan dengan memahami struktur, fungsi, perkhidmatan, proses kerja, data yang digunakan serta aplikasi dan teknologi yang menyokong perkhidmatan organisasi.
Berpandukan PKPA Bil. 1 Tahun 2020, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel Penentuan Skop Enterprise Architecture (EA) UPM pada 7 Januari 2025 bertempat di Hotel Dorsett, Putrajaya. Penyertaan adalah daripada Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU), Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JKTMK), Jawatankuasa Pengurusan Data Strategik (JPDSU) dan Pengurusan iDEC. Bengkel ini diadakan bertujuan memahami konsep dan kepentingan pendekatan EA dalam konteks universiti, merancang strategi pelaksanaan pendigitalan UPM menggunakan kaedah EA serta menentukan skop pelaksanaan EA di UPM.
Sesi bengkel dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Profesor Ts. Dr. Nurfadhlina Mohd. Sharef yang menjalankan tugas sebagai Ketua Pegawai Digital dan diteruskan oleh Ucapan Aluan Naib Canselor, YBhg. Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah. Sesi seterusnya diadakan dengan pembentangan sesi perkongsian oleh penceramah jemputan dengan tajuk perkongsian seperti di bawah:
Impak yang dihasilkan daripada bengkel adalah pelaksanaan EA secara strategik dan kolektif di UPM serta penerimaan dan adaptasi yang terurus bagi transformasi pendigitalan di UPM.
<Galeri gambar><Video sorotan>
![]() |
Disediakan oleh:
Ts. Nor Azlina Zainal Abidin
Bahagian Perancangan dan Governan ICT
Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)
Tarikh Input: 08/01/2025 | Kemaskini: 09/01/2025 | nazlina

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan