Bersama Menjayakan DOME! | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
» BERITA » Bersama menjayakan DOME!

Bersama menjayakan DOME!

Serdang, 25 November 2022 : Mari bersama menjayakan DOME! Singkatan DOME adalah bermaksud Development, Operational, Management dan Others. Pengarah iDEC, Ts. Mohd. Faizal Daud telah memberikan taklimat berkaitan peranan Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), tanggungjawab dan seterusnya menitipkan kata-kata semangat bagi meneruskan perjuangan ICT di Universiti Putra Malaysia (UPM). 

Petunjuk Prestasi UPM yang terdiri daripada 48 KPI, iDEC merupakan tunjang utama dalam KPI "Merealisasikan Kampus Pintar" melalui Putra Smart Classroom.

 

 

iDEC juga berperanan dalam melaksanakan 11 Aspirasi Naib Canselor di mana terdapat 7 pelaksanaan yang perlu dijayakan seperti di bawah :

Kunci utama kepada semua program utama "Merealisasikan Kampus Pintar" di UPM untuk tempoh 5 tahun adalah Putra Smart Classroom. Aktiviti lain juga dalam pelaksaaan dan semoga yang dirancang akan dapat direalisasikan.

Akhir majlis, iDEC telah mengadakan sesi serahan sumbangan Kerusi Roda, sumbangan untuk surau setiap bangunan serta sumbangan kepada anak staf iDEC yang cemerlang di dalam peperiksaan UPKK bagi tahun 2021.

 

Disediakan oleh : Ts. Nor Azlina Zainal Abidin

Tarikh Input: 02/12/2022 | Kemaskini: 02/12/2022 | nazlina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
SXDdGA7~

Hello!