![]() |
![]() |
![]() |
25 Mei 2024, Kedah: Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Perkhidmatan E2E KPT 2024 bertempat di Bella Vista Waterfront Langkawi. Agensi di bawah KPT adalah terlibat dalam bengkel ini dan telah disertai oleh semua penyelaras (atau wakil) E2E.
Untuk makluman bersama, perkhidmatan terbahagi kepada 2 kategori iaitu End-To-End (E2E) dan Bukan End-To-End (BE2E). BE2E terbahagi kepada 3 lagi seperti rajah di bawah.

Aturcara bengkel adalah seperti berikut:
![]() |
![]() |
Sijil penghargaan telah disampaikan kepada penyelaras atau wakil agensi yang telah mencapai status E2E untuk 90% dan ke atas (sasaran 80% menjelang 2025). Bagi memastikan peserta sentiasa fokus, sesi kuiz dengan soalan mengenai E2E diadakan dan pemenang dari tempat ke-5 sehingga pertama, telah diberikan hadiah.
Semoga agensi di bawah KPT akan terus mencapai kategori perkhidmatan E2E.
Tarikh Input: 30/05/2024 | Kemaskini: 16/07/2024 | nazlina

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan